Banyaknya Khasiat Makan Kekacang Untuk Ibu Hamil Dan Bayi

Banyaknya Khasiat Makan Kekacang Untuk Ibu Hamil Dan Bayi

Menjaga pemakanan ketika hamil amat penting untuk kesihatan si ibu dan bayi di dalam kandungan.

Selain makanan ruji seperti nasi, buah-buahan dan sayur-sayuran, ibu hamil perlu tahu bahawa kekacang amat baik untuk diri anda dan bayi sepanjang tempoh ini.

Tetapi awas, jika anda mempunyai alahan terhadap kacang, sebaik-baiknya elakkan buat sementara waktu atau dapatkan nasihat daripada doktor.

Berdasarkan beberapa kajian saintifik, kekacang yang kaya dengan kandungan vitamin dan mineral dapat mencegah kecacatan kelahiran seperti di bahagian otak dan tulang belakang, selain penting dalam membantu tumbesaran bayi ketika trimester kedua dan ketiga.

Kekacang sering menjadi pilihan ibu hamil kerana mudah didapati dan membantu merasa berasa kenyang kerana mudah lapar.

Istimewa untuk para ibu hamil, kami kongsikan informasi berkaitan kacang badam dan gajus yang amat bermanfaat untuk anda!


Kacang Badam (Almond)

Kacang badan berasal dari Asia Tengah dan memerlukan cahaya matahari untuk tumbuh dan tidak memilih jenis tanah, selain boleh hidup di musim kering.

Selain dimakan begitu sahaja, kacang badam sering menjadi bahan utama dalam menghasilkan cookies, cokelat, manisan, begitu juga sebagai tambahan perasa bagi salad dan hidangan utama.

Kacang badam amat kaya protein, lemak tidak tepu, karbohidrat, niasin, vitamin B, kalsium dan fosforus.

Pengambilan kacang badan sepanjang tempoh kehamilan dapat membantu;

1. Merangsang pertumbuhan otak bayi

Ibu hamil yang mengamalkan kacang badan dalam pengambilan makanan seharian akan menunjukkan pertumbuhan otak bayi yang aktif, cepat dan sempurna berbanding ibu yang tidak memakan kacang badam.

Ini kerana kandungan protein di dalam kacang ini membantu kepada pertumbuhan otak bayi yang sihat.

2. Mengurangkan risiko kencing manis

Ada ibu-ibu hamil berdepan dengan masalah kencing manis ketika hamil.

Jangan risau. Amalkan pemakanan badam dalam diet seharian anda kerana ia membantu mengurangkan risiko untuk anda mendapat kencing manis.

3. Mengurangkan risiko sakit jantung

Bukan sahaja masalah kencing manis, wanita mengandung juga terdedah dengan risiko sernagan sakit jantung yang boleh mengancam nyawa si ibu dan anak.

Kandungan vitamin dan mineral di dalam kacang badam boleh mengurangkan risiko penyakit ini sepanjang kehamilan.

4. Mengurangkan tahap kolestrol sepanjang tempoh mengandung

Selain paras gula dan tekanan darah, ibu hamil juga perlu mengawasi bacaan kolestrol sepanjang kehamilan.

Tahap kolestrol yang tinggi boleh memberi kesan kepada kandungan dan kehamilan si ibu.

Jadikan kacang badan sebagai snek anda untuk membantu mengawal tahap kolestrol dalam badan.


Kacang Gajus (Cashew nut)

Ini juga antara kekacang yang digemari ibu hamil sebagai snek, apatah lagi ketika di fasa awal kehamilan di mana sering berdepan dengan morning sickness, loya dan muntah-muntah.

Selain boleh dimakan begitu sahaja, ada juga kacang gajus yang dijual dengan diperasakan dengan garam, madu atau pedas cili.

Kacang ini mengandungi protein, kalsium, magnesium, zat besi, vitamin C, vitamin B-, vitamin E, vitamin K, tiamin, riboflavin, niasin, fosforus, kalsium, folat dan asid oleik.

  • Penting dalam pembentukan otot dan saraf


Kandungan magnesium di dalam kacang gajus merangsang pembentukan tulang, otot, tisu dan organ badan bagi bayi di dalam kandungan dan ibu hamil.

Malah magnesium juga berperanan dalam sistem imuniti badan, menggerakkan fungsi saraf, mengekalkan kesihatan tulang dan tekanan darah yang normal.

  • Mengaktifkan sistem imunisasi

Ibu hamil terdedah kepada jangkitan sepanjang tempoh kehamilan.

Dengan memakan kacang gajus, kandungan zink membantu anda menguatkan sistem imunisasi badan untuk menentang jangkitan kuman dan bakteria terhadap diri anda dan bayi.

  • Menguatkan tulang dan gigi



Khasiat fosforus di dalam kacang gajus bagi ibu hamil dapat membantu kesihatan sel-sel badan dan menjadikan tulang dan gigi anda sihat sepanjang tempoh kehamilan.

Ibu hamil mudah berdepan dengan sakit gigi dan masalah gigi reput dan mudah gugur di dalam tempoh ini memandangkang kesemua nutrient yang anda perolehi dari pemakanan akan diserap oleh bayi anda.

Bahkan fosforus turut membantu pembentulan tulang dan gigi si bayi.

  • Mengelakkan risiko penyakit diabetes

Jangan risau, kacang gajus jika dimakan dalam kuantiti yang banyak tidak akan membahayakan anda sepanjang tempoh kehamilan.

Ini kerana kacang ini tidak mengandungi kandungan gula dan kolestrol yang tinggi.

Memakan kacang gajus juga dapat mengelakkan si ibu daripada risiko penyakit diabetes Jenis 2.

Sebenarnya banyak lagi manfaat daripada kacang badam dan gajus untuk ibu-ibu hamil. Jangan lupa jadikan ia sebagai snek dan stok makanan di dalam beg tangan anda, lebih-lebih lagi wanita mengandung mudah berasa lapar.

Semoga artikel ini bermanfaat.


Klik pada link dibawah untuk dapatkan Kismis pilih anda:

https://shop.madinah.com.my/collections/nuts-seeds