8 Manfaat Kacang Pistachio aka ‘Kacang Cerdik’ Untuk Otak Dan Badan Anda

8 Manfaat Kacang Pistachio aka ‘Kacang Cerdik’ Untuk Otak Dan Badan Anda

“Nak jadi pandai, kenalah makan banyak kacang pistachio ni.”

Pasti anda selalu dengar ungkapan sebegini, kan?

Pistachio, atau dikenali juga sebagai kacang cerdik merupakan jenis kekacang yang elok diamalkan dalam diet seharian anda.

Pada zaman dahulu, kacang pistachio dianggap sebagai makanan kaum bangsawan.

Kacang ini berasal dari negara Timur Tengah dan Asia, dan dipercayai bagus untuk meningkatkan fungsi otak, malah nutrisi dalam kacang pistachio juga amat baik untuk tubuh badan anda,

Sama ada dimakan begitu sahaja sebagai snek atau dijadikan tambahan kepada hidangan, di sini kami kongsikan lapan manfaat pistachio yang anda perlu tahu.

Baik untuk otak

Kandungan vitamin B6 yang ada di dalam kacang pistachio berperanan meningkatkan kadar penghasilan hemoglobin di dalam darah menjadikan peredaran darah dan oksigen dapat dibekalkan ke seluruh badan, termasuk otak.

Pengambilan kacang cerdik membantu meningkatkan tumpuan seseorang, sama ada ketika belajar atau bekerja.

Jadikan pistachio sebagai snek anda ketika sedang mengantuk supaya anda kekal fokus!

Penyelesaian rambut gugur

Ramai orang sering bertukar syampu apabila berdepan dengan masalah rambut, Sedangkan, masalah ini berpunca daripada amalan diet yang tidak betul.

Pistachio mengandungi vitamin E dan biotin serta asid amino L-arginin yang membantu pertumbuhan rambut yang sihat dan melancarkan peredaran darah ke rambut.

Kandungan serat dan protein tinggi

Jika anda sedang berdiet, jadikan pistachio sebagai snek sampingan anda kerana ia akan membantu anda untuk berasa kenyang.

Ia kaya dengan kandungan protein dan lemak yang sihat, serta rendah kandungan lemak tepu dan kalori.

Membantu menyihatkan mata

Pistachio mengandungi antioksidan jenis lutein dan zaexanthin yang amat baik untuk kesihatan mata, yang mana ia membantu melindungi mata yang terdedah dengan cahaya biru atau ‘blue light’ dan mengurangkan risiko penyakit age-related macular degeneration (ARMD) yang menyebabkan kemerosotan daya penglihatan apabila usia bertambah.

Mengurangkan risiko anemia

Pistachio mengandungi kandungan zat besi yang tinggi sekaligus membantu meningkatkan penghasilan sel darah merah. Selain itu, kandungan mineral kuprum membantu penyerapan zat besi ke dalam badan.

Apabila darah merah dihasilkan dengan baik, maka ia juga menjaid petanda kepada aliran darah yang baik di dalam badan. Bagi wanita hamil, amalkan memakan kacang pistachio kerana ia boleh membantu menaikkan bacaan Hb.

Nilai GI yang rendah

Bagi pesakit diabetes, ada beberapa makanan yang tinggi karbohidrat perlu dikurangkan dalam pengambilan seharian.

Namun kacang pistachio baik untuk pesakit diabetes kerana kacang ini mempunyai nilai glycemic index (GI) yang rendah, meskipun ia mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

Pistachio mengandungi protein, lemak sihat dan serat yang tinggi sekaligus membantu memperlahankan proses penyerapan gula dalam darah.

Begitu juga dalam membantu mengekalkan sel pankreas yang menghasilkan insulin kerana kandungan antioksidan di dalam pistachio yang tinggi.

Menjaga kesihatan jantung

Sakit jantung kini boleh menyerang sesiapa sahaja, termasuk golongan muda. Dengan mengamalkan pemakanan kacang pistachio dalam diet seharian, ia akan membantu menjaga kesihatan organ jantung kerana kandungan antioksidan dan asid lemak tidak tepunya yang tinggi.

Malah asid amino L-arginin juga membantu masalah salur darah tersumbat yang akan mengakibatkan darah beku.

Awet muda

Bukan sahaja ulam-ulaman dapat membantu seseorang kekal muda, sebenarnya pemakanan kekacang seperti pistachio juga membantu meningkatkan kesihatan luaran dan dalaman seseorang.

Kulit juga semakin cantik dan lembut kerana kandungan antioksidan di dalam pistachio bertindak meneutralkan rasikal bebas.

Manakala asid lemak di dalam pistachio pula menghasilkan kulit yang sihat dan bersinar.

Pastinya pistachio, atau kacang cerdik ini amat berkhasiat buat anda, baik untuk kesihatan otak sehinggalah untuk kesihatan jantung, buah pinggang dan organ-organ dalaman yang lain.

Adalah dinasihatkan untuk makan kekacang ini secara terkawal dan tidak berlebih-lebihan, selain elakkan memakan pistachio yang diperasakan dengan garam atau yang diproses kerana akan memberi kesan kepada tekanan darah atau tahap gula dalam darah.


Klik pada link dibawah untuk dapatkan Kismis pilih anda:

https://shop.madinah.com.my/collections/dried-fruits-raisins