Buah Tin ‘Raja Segala Nutrien’ Untuk Kesihatan

Buah Tin ‘Raja Segala Nutrien’ Untuk Kesihatan

Selain kurma, buah tin juga antara makanan sunnah yang menjadi pilihan ramai orang. Buah tin bukan sahaja dijual dalam bentuk yang telah dikeringkan, sebenarnya buah tin segar mempunyai rasa unik dan tekstur segar yang membuatkan sesiapa sahaja ingin mencubanya. Mengikut sejarah, buah tin dikatakan sebagai pokok pertama yang didomestikkan oleh manusia. Ia dipercayai berasal dari Timur Tengah, dimana pokok ia begitu senang untuk ditanam dan dicambah meskipun berada dalam kawasan geografu yang panas, tandus dan kering. Ada beberapa jenis buah tin mengikut warnanya dengan rasa yang sedikit berbeza. Berbeza dengan buah tin kering yang boleh didapati sepanjang tahun dan boleh disimpan dengan mudah, bagi buah tin segar ia perlu disimpan di dalam bekas bertutup di dalam peti ais untuk mengelakkan ia rosak dan mongering. Berikut adalah empat jenis buah tin;


1. Brown Turkey

Buah tin yang amat popular dan digemari ramai orang dengan warna kulitnya cerah kemerahan. Ia dipercayai diperkenalkan di England pada awal abad ke-18 dan dibawa oleh pedagang Itali. Ia telah melalui proses naturalisasi supaya boleh tumbuh di iklim separa sejuk di Barat Mediterranean. Malah ia juga boleh tumbuh dengan subur di iklim yang menerima cahaya matahari sepanjang tahun seperti Asia Tenggara, Timur Tengah dan Selatan California.

2. Black Misson

Antara jenis buah tin yang paling digemari ramai dan mudah dijumpai di seluruh dunia. Kebanyakkan buah tin yang dijual dan dimakan pada hari ini datangnya daripada jenis ini. Saiznya agak kecil dengan isinya bewarna merah jambu dan tekstur yang lembut, Isinya penuh dengan biji untuk memberikan rasa rangup apabila dikunyah. Isinya seperti jem apabila sudah masa, malah ada yang menyamakannya seperti buah prun.

3. Sierra

Ia merupakan variasi baru bagi buah tin dengan kulit bewarna hijau, bersaiz besar dan bulat. Buah tin jenis ini sesuai dimakan bersama keju dan minyak zaitun.


 4. Desert King

Rupanya seperti jambu air dengan warna hijau dan isinya pula bewarna merah keungu-unguan. Jenis ini boleh tumbuh di kawasan sejuk seperti di Barat Laut Benua Amerika.


Mengapa buah tin dipanggil Raja Segala Nutrien?

Di dalam sebiji buah tin segar, ia mengandungi air dan karbohidrat malah rendah kandungan kalorinya. Jangan tak tahu bahawa ia sesuai dijadikan rutin diet anda. Bagi setiap buah tin dengan berat 40 gram, ia mengandungi 0 gram lemak dan protein, kalori, karbohidrat, serat, magnesium, zink, potasium, riboflavin, thiamine, vitamin B6 dan K.

Raja Segala Nutrien ini memberi kebaikan kepada kesihatan seseorang;

A. Menurunkan berat badan

Buah ini merupakan sumber serat terbaik untuk membantu proses penghadaman manusia dan memberikan rasa kenyang dalam tempoh yang panjang.

B. Mengawal kandungan insulin pesakit diabetes

Daun buah tin mempunyai kandungan anti diabetik yang boleh mengawal jumlah insulin yang diperlukan bagi pesakit diabetes yang mengambil suntikan.

C. Mengawal tekanan darah

Terutama bagi mereka yang mempunyai penyakit darah tinggi dimana kandungan potassium membantu mengawal tekanan darah.

D. Melindungi wanita dari kanser payu dara

Rutin pengambilan serat yang tinggi di dalam diet harian mampu melindungi wanita menopause dari risiko barah payu dara. Menerusi satu kajian saintifik yang dijalankan terhadap lebih 51,000 wanita menopause dalam tempoh lapan tahun mendapati risiko mendapat barah payu dara berkurangan sehingga 34 peratus jika mereka mengambil makanan berserat dalam rutin harian.

E. Mengelakkan sembelit

Kandungan serat yang tinggi di dalam buah tin mampu emlancarkan peranan usus dan mengelakkan sembelit. Ini menjadikan usus semakin sihat.

F. Menjaga kesihatan kardiovaskular

Daun buah tin juga mengandungi bahan yang mampu menyingkirkan lemak dalam saluran darah serta melindungi diri dengan menghalang pertumbuhan sel barah.


Ternyata memakan buah tin ini memberi manfaat besar kepada tahap kesihatan anda. Amalkan pengambilannya dalam rutin pemakanan seharian anda.

Klik pada link dibawah untuk dapatkan buah tin anda:

https://shop.madinah.com.my/products/dried-figs-turkey-