Cuba Resepi Mudah, Sedap Dan Sihat Dengan Kismis

Cuba Resepi Mudah, Sedap Dan Sihat Dengan Kismis

Kismis terhasil daripada anggur yang dikeringkan dan kaya dengan pelbagai sumber tenaga, vitamin dan mineral semula jadi.

Setiap 100 gram kismis mempunyai 249 jumlah kalori dan amat sesuai bagi mereka yang mengamalkan pemakanan sihat dan berusaha mengawal berat badan.

Kismis dan anggur mempunyai sejenis bahan fitokimia dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang memiliki sifat antiradang dan antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolesterol dalam darah.

Kajian saintifik terhadap resveratrol membuktikan ia mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.


Manfaat Kismis Kepada Kesihatan:

 


  1. Mengandungi kalsium, zat besi, magnesium, mangan dan zink.
  2. Mempunyai vitamin B Kompleks.
  3. Mengandungi elektrolit dan potasium yang mampu menurunkan kesan sodium, menurunkan tekanan darah dan mengelak strok serta masalah jantung.
  4. Bebas daripada toksin gluten dan boleh dimakan sebagai alternatif bagi mereka yang tidak boleh bertoleransi terhadap gluten.
  5. Boleh dijadikan snek tanpa merosakkan kesihatan.
  6. Pengganti gula untuk menyediakan roti dan coklat.
  7. Tidak mempunyai kandungan lemak, kolestrol dan sodium.
  8. Mengandungi frustos iaitu gula smeula jadi yang mudah dihadam dan menghasilkan tenaga segera.
  9. Kaya dengan serat dan asas kepada sumber tenaga berpanjangan.

Resepi Mudah Dengan Kismis


Ban Kismis (Sumber Resepi Bonda)

 

Bahan-Bahan:

250 ml air
80 gm majerin
Kismis

Bahan Campur

500 gm tepung high protien
 30 gm susu tepung
 80 gm gula
 10 gm ibu roti
 1  sudu kecil pelembut roti
 1  biji telur
 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara:

1. Masukkan dan gaulkan rata semua bahan A. Masukkan air dan gaulkan lagi sehingga sebati.

2. Masukkan majerin dan gaulkan sehingga adunan kelihatan sebati. Masukkan kismis dan gaulkan sebati.

3. Bahagikan adunan pada 100 gm setiap dan buatkan bentuk bulat atau bentukkan adunan mengikut pilihan sendiri.

4. Perapkan sehingga saiz roti naik sekali ganda. Bakar dalam suhu 180’C sehingga kelihatan masak.

5. Keluarkan dan sapukan majerin pada roti yang telah masak. Sejukkan dan hidangkan.


Kek Comel Vanila Dan Kismis (Sumber Azie Kitchen)

Bahan A

1 biji telur

1/2 cawan minyak jagung

11/4 cawan susu segar

1/2 sudu kecil vanilla extract

Bahan B

2 cawan tepung gandum

3 sudu kecil baking powder

1 cawan gula kaster

Secubit garam

Bahan C

Kismis 

Cara-cara:

Ayak Bahan B dan satukan dalam mangkuk. Buatkan lubang di tengah-tengahnya. Dalam mangkuk yang lain, whisk telur, esen vanilla dan kemudian masukkan minyak dan susu. Kacau hingga sebati. Tuangkan ke dalam Bahan B. Kacau rata secara kaup balik memggunakan senduk (Adunan akan nampak berketul-ketul sedikit - tak mengapa). Biarkan adunan tadi lebih kurang 5minit. Kacau bulatan dalam 2 kali dan tuangkan adunan ke dalam sebanyak 3/4 muffin cup. Letakkan kismis kat atas dan dalam muffin tadi. Yang dalam, ditekankan ke dalam. Bakar muffin oven yang telah panas pada suhu 170C selama 20 minit atau hingga kekuning-kuningan. 


Nasi Kismis (Sumber Tumis)

Bahan-bahan:

4 cawan beras
 100 gm kismis
 100 gm buah gajus
 Â½ cawan minyak sapi
 4 ¾ cawan air
 4 sudu susu cair
 2 sudu besar gula batu(dihancurkan)
 3 sudu kecil garam 2 labu bawang besar
 5 ulas bawang putih
 3 cm halia muda
 1 batang kayu manis
 2 kuntum bunga lawang
 3 biji buah pelaga
 4 kuntum bunga cengkih
 2 helai daun pandan

Cara-cara:

Cuci beras & toskan hingga kering. Masukkan minyak sapi & panaskan dlm periuk. Tumiskan semua bahan B hingga naik bau & garing. Tunggu hingga air mendidih & masukkan gula batu, garam, kismis & gajus. Kemudian masukkan pula beras yg ditos tadi & gaul rata. Tuangkan pula susu cair & masaklah seperti biasa.


Klik pada link dibawah untuk dapatkan Kismis pilih anda:

https://shop.madinah.com.my/collections/dried-fruits-raisins