Doa Sebelum Berbuka Sangat Mustajab! Ayuh Amalkan 10 Doa Mudah Dan Pendek Ini.

Doa Sebelum Berbuka Sangat Mustajab! Ayuh Amalkan 10 Doa Mudah Dan Pendek Ini.

Pernah atau tidak anda membaca satu potongan hadis yang mengatakan sesiapa yang berdoa sebelum berbuka puasa maka doanya tidak akan ditolak Allah SWT?

“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika saat berbuka ada doa yang tidak ditolak.” (HR Ibnu Majah)

Terdapat banyak hadis yang menyokong bahawa doa orang-orang yang berpuasa tidak akan ditolak malah akan diangkat.

d2.jpg

  • Daripada Abu Hurairah RA berkata bahawa Nabi SAW bersabda:

ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ

Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”. 

[Riwayat Ibn Majah (1752)][Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan]


  • Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:

لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ

Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. 

[Lihat: Musnad Abi Daud al-Thoyalisi (2376)]


Melihat kepada hadith-hadith di atas, kita mengetahui bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah SWT.

Ramadan sering disifatkan sebagai satu bulan yang sangat istimewa, penuh keberkatan dan rahmat yang diberikan Allah SWT kepada seluruh umat Islam.


Sepatutnya kita menggunakan bulan penuh kemuliaan ini untuk melakukan dan melipat-gandakan segala amal ibadah, berubah menjadi yang lebih baik, mengurangkan perkara yang mungkar dan cuba melakukan pelbagai ibadah sunah.


Sekiranya anda mempunyai hajat dan niat yang baik demi diri anda, keluarga dan orang tersayang, mari kita lihat beberapa contoh doa sebelum berbuka yang boleh dibaca dan diamalkan sepanjang Ramadan ini.


d3.jpg

d4.jpg

d5.jpg


d6.jpg


d7.jpg


d8.jpg


d9.jpg


d10.jpg


d11.jpg


d12.jpg