Makan Kismis Untuk Anak Jadi Bijak – Mitos Atau Fakta?

Makan Kismis Untuk Anak Jadi Bijak – Mitos Atau Fakta?

“Gelap, kulit kecut dan kering” – Itulah pandangan pertama kita apabila melihat kismis. Kismis merupakan makanan alternatif atau gentian kepada gula-gula. Kismis ialah buah anggur yang telah dikeringkan melalui kaedah pemanasan matahari atau haba kering, ia boleh dimakan begitu sahaja sebagai snek atau dicampurkan bersama makanan lain, seperti biskut, nasi dan lauk-pauk.

Kismis mengandungi protein, lemak, karbohidrat, vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan B9, kolin, vitamin C, vitamin E, vitamin K, kalsium, zat besi, potassium, magnesium dan sebagainya.

Sama seperti anggur, kismis mengandungi sejenis bahan fitokimia dipanggil resveratrol iaitu sejenis antioksidan yang memiliki sifat antiradang dan antikanser selain mampu menurunkan kandungan kolestrol dalam darah. Kajian mendapati resveratrol mampu melindungi tubuh daripada kanser kulit, kolon dan prostat selain membantu menjaga kesihatan jantung, melindungi dari masalah kemerosotan fungsi saraf, strok, Alzheimer dan jangkitan kulat atau virus.

Pastinya anda biasa mendengar bahawa pengambilan kismis akan membantu fungsi otak supaya lebih cergas, kan? Maka ramailah ibu bapa mula mengajar anak-anak mereka untuk memakan kismis semenjak kecil supaya mereka menjadi bijak pandai dalam pembelajaran. Tetapi, benarkan kismis membantu meningkatkan daya pemikiran otak seseorang?

Kismis untuk kesihatan otak

Kismis mengandungi gula ringkas yang dapat meningkatkan fungsi dan peranan otak untuk meransang organ berkenaan. Otak memerlukan gula ringkas dan kuantiti yang banyak supaya ia dapat bekerja dan kismis mempunyai kandungan gula ringkas yang tinggi. Maka, amalkan pemberian kismis kepada anak-anak anda supaya dapat meransang aktiviti otak menjadi cergas dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif, sekaligus meningkatkan prestasi pembelajaran mereka.

Bukan itu sahaja manfaat kismis, kami senaraikan lagi seperti di bawah:

Elak sembelit

Kismis mengandungi serat yang ada tugasnya kepada sistem pencernaan manusia supaya berjalan dengan lancar. Secawan kismis dianggarkan mempunyai sehingga 10 gram serat yang boleh melancarkan proses pembuangan air, mengeluarkan toksik bahaya di dalam badan dan membersihkan usus.

Kesihatan kulit 

Kismis juga mengandungi fenol, iaitu sumber kepada makanan antioksida yang ertujuan melindungi badan daripada radikal bebas dan dalam masa yang sama menjaga serta memuliharan kegebuan kulit.

Tekanan darah tinggi 

Kajian terhadap kismis menunjukkan bahawa makanan ini mempunyai kandungan kalium dan sodium yang rendam, iaitu dapat membantu seseorang yang mengalami masalah darah tinggi.

Menjaga kesihatan gigi

Antioksida bukan sahaja untuk menjaga kesihatan kulit, malah ia juga bertanggungjawab menjadi pelindung kepada bakteria yang menjadi punca kepada kerosakan gigi dan gusi. Rasa manis pada kismis dikatakan tidak akan menyebabkan kaviti atau sakit gusi. Sebaliknya ia berfungsi untuk melindungi dan menjadikan gigi lebih kuat dan sihat.

Menguatkan tulang

Kandungan fiber dan asid tartaric di dalam kismis membantu kepada kesihatan tulang seseorang.

Membuang toksin dalam badan

Kismin kaya dengan kandungan potassium dan magnesium yang tinggi, sekaligus membantu pembuangan toksin badan selain mencegah penyakit gout, batu karang dan jantung. 

Sebenarnya ada banyak lagi manfaat kesihatan yang anda boleg perolehi daripada memakan kismis. Memandangkan kismis mempunyai kandungan serat yang tinggi dan kalori yang rendah, adalah sesuai untuk dijadikan ia sebagai makanan ringan atau snek harian anda. 

Tenaga daripada gula ringkas iaitu fruktosa dilepaskan secara berperingkat-peringkat untuk memudahkan seseorang yang aktif kekal bertenaga sepanjang masa. Oleh sebab itu, mereka yang sering berfikir dan menggunakan fikiran amat digalakkan untuk mengambil kismis.

Klik pada link dibawah untuk dapatkan Kismis pilih anda:

https://shop.madinah.com.my/collections/dried-fruits-raisins