Minyak Sawit VS Minyak Zaitun – Yang Mana Lebih Sihat?

Mungkin ramai dalam kalangan pengguna masih keliru dengan penggunaan minyak sawit dan minyak zaitun untuk masakan harian.

Ada yang lebih gemar menggunakan minyak masak sawit kerana rasa makanan lebih umpph!

Namun, bagi mereka yang mementingkan kesihatan akan memilih minyak zaitun dalam menyediakan makanan.

Tiada siapa yang salah, tiada siapa yang betul. Kedua-dua jenis minyak masakan ini ada manfaat dan kelebihannya tersendiri.

Apa Itu Minyak Sawit?

Minyak masak jenis ini mempunyai kadar toleransi yang tinggi bagi suhu yang tinggi. Ia merupakan trigliserida yang diekstrak dari tumbuhan dan kegunaannya juga pelbagai dan komersil.

Minyak masak sawit diektrak daripada mesokarpa buah kelapa sawit, dan digunakan untuk memasakan makanan yang berperisa halus seperti daging, ayam dan ikan sehingga rasa makanan itu menonjol dengan lebih banyak.

Minyak masak sayuran mengandungi Omega-6 Acids, selain mempunyai kandungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang hampir sama tinggi. Selain itu ia turut mengandungan Vitamin E dan antioksidan karotena.

Di samping itu, minyak masak sawit mempunyai jangka hayat yang panjang dan tidak mudah menjadi tengik.

Namun perlu diingatkan, pengambilan minyak masak sawit dalam masakan haruslah secara besederhana bagi mengelakkan kesan kesihatan terhadap organ kardiovaskular.

Apa Itu Minyak Zaitun?

Minyak zaitun dihasilkan dengan kedah menghancurkan buah zaitun dan mengeluarkan air yang berlebihan.

Jika anda perasan, terdapat dua jenis minyak zaitun yang sering dijual di pasaran, iaitu minyak zaitun ringan (atau biasa) dan minyak zaitun dara tambahan. Namun, ada lagi beberapa jenis minyak zaitun yang boleh didapati, iaitu jenis ringan, ekstra ringan dan Pomace.

Bagaimanapun berbanding dengan minyak masak biasa, minyak zaitun pula tidak sesuai untuk dimasak pada haba yang tinggi. Ini kerana minyak zaitun mempunyai titik asap yang rendah.

Biasanya, minyak zaitun digunakan dalam penyediaan masakan seperti sup, hidangan barat seperti pasta dan spageti, termasuklah dalam penyediaan salad dan sandwich.

Minyak zaitun mengandungi kadar kandungan lemak tak tepu yang tinggi, dimana lemak jenis ini boleh bertindak sebagai penstabil kadar kolestrol dalam darah dengan meningkatkan kolestrol baik dan menyingkirkan kolestrol jahat, kaya dengan pelbagai vitamin dan bersifat antioksidan.

Tak ramai yang tahu bahawa makanan yang mengandungi antioksidan adalah makanan kelas pertama dalam dunia kesihatan.

Antioksidan yang bernama hydroxityrosol adalah jenis yang cepat meresap dan ia hanya didapati dalam minyak zaitun.

Secara umum, kandungan nutrisi yang terdapat dalam 100 gram minyak zaitun:

Lemak tepu: 13.8%.

Lemak mono-tak tepu: 73%

Omega-6: 9.7%.

Omega-3: 0.76%.

Vitamin E: 72% daripada RDA.

Vitamin K: 75% daripada RDA.

Minyak zaitun dari jenis dara tambahan lebih dikenali akan kandungan antioksidannya. Bahan-bahan ini aktif secara biologi dan sebahagian daripada mereka dapat membantu memerangi penyakit yang serius.

Antara antioksidan utama adalah oleocanthal anti-radang, serta oleuropein, bahan yang melindungi kolesterol LDL daripada pengoksidaan . Sesetengah orang telah mengkritik minyak zaitun kerana mempunyai Omega-6 yang tinggi untuk nisbah Omega-3 (lebih 10: 1), tetapi perlu diingat bahawa jumlah lemak tak tepu masih agak rendah, jadi ini tidak sepatutnya menjadi kebimbangan.

Sebenarnya, minyak zaitun bukan sahaja hanya digunakan dalam penyediaan masakan.

Bahkan, ia juga boleh diambil secara terus dengan jumlah dua sudu sehari.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) dalam saranannya berkata minyak zaitun boleh membantu seseorang menghindari penyakit yang berbahaya.