Rupanya Ada Banyak Manfaat Acacia Gum Yang Anda Mungkin Tak Tahu!

Rupanya Ada Banyak Manfaat Acacia Gum Yang Anda Mungkin Tak Tahu!

Acacia Gum? Apa tu?

Mungkin ramai dalam kalangan kita tidak biasa mendengar nama makanan ini yang berasal dari negara Arab, iaitu Sudan.

Ia turut dikenali dengan nama ‘Arabic Gum’, ‘Acacia Powder’, ‘Senegal Gum’ dan ‘Indian Gum’.


Acacia Gum terhasil dari getah keras dari dua jenis pokok Akasia liar.

Satu lagi informasi menarik tentang Acacia Gum ini ialah, pokok Akasia akan menghasilkan getah keras ini dalam jumlah yang banyak apabila mengalami ‘keadaan buruk’, contohnya musim kemarau, cuaca panas yang tinggi dan keadaan tanah yang buruk dan kering.

Meskipun ia merosakkan pokok itu sendiri, namun keadaan itulah yang membantu penghasilan Acacia Gum yang banyak.

Acacia Gum di dalam bahasa Arab juga dipanggil sebagai Al-Manna dan ia ada disebut di dalam Al-Quran menerusi surah Al-Baqarah.

" Dan kami telah menaungi kamu dengan awan (panas matahari di pagi hari) dan kami turunkan kepada kamu 'manna dan salwa', (serta kami berfirman) "makanlah daripada makanan yang baik yang kami telah kurniakan kepad kamu " dan tidaklah mereka menganiaya kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu) tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57.


Acacia Gum merupakan rantaian kompleks polisakarida dengan rantaian bercabang yang mengandungi campura glikoprotein, kalsium, magnesium dan garam kalium asid polisakaridik.

Biasanya Acacia Gum dari jenis Acacia Senegal dianggap yang terbaik dan digunakan sebagai makanan tambahan kesihatan dan dalam industri pemakanan dan perubatan.

Kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati bahawa Acacia Gum mengandungi kandungan prebiotic yang tinggi sehingga 87%, iaitu lapan kali ganda lebih baik dari susu ibu.

Kandungan asid aminonya juga penting untuk keperluan badan, selain kandungan 27% proteion hydroxyproline yang amat baik untuk memantapkan daya ingatan dan antara sumber utama kolagen.

Malah kajian itu juga mendapati bahawa Acacia Gum mempunyai manfaat 10 kali ganda lebih baik dari susu lembu.

7 Khasiat Arabic Gum Untuk Kesihatan Manusia:

Penyembuh Luka

Pengamal perubatan percaya bahawa kandungan di dalam Acacia Gum mampu merawat luka kerana kandungan beberapa bahan kimianya seperti alkaloid, flavonoid dan glikosida.

Kandungan Produk Pembersihan Gigi

Satu kajian dilakukan pada tahun 1990 dengan hasilnya menunjukkan bahawa serbuk gigi herba yang dicampur bersama Acacia Gum boleh memberishkan gigi lebih dua pertiga daripada plak gigi, dan hampir 100 peratus dalam beberapa kes.

Ekstrak Acacia Gum juga digunakan dalam produk pergigian seperti pencuci mulut kerana keberkesanannya mencegah keradangan gusi.

Malah kandungan mineral di dalam Acacia Gum juga membantu menjadikan gigi yang kuat.

Merawat Diabetes

Pesakit diabetes dan buah pinggang mempunyai kandingan kreatini dan gula dalam darah yang tinggi.

Pengambilan Acacia Gum dapat menurunkan paras kreatinin sekaligus dapat mengurangkan tahap kerosakan buah pinggang. Begitu juga kandungan mineralnya dapat mengurangkan risiko komplikasi akibat diabetes.

Mengelakkan Kehilangan Darah

Acacia Gum digunakan untuk menghasilkan mikrogel yang membantu menghentikan darah dari luka dan membasmi bakteria dari luka berkenaan.

Ia juga boleh mempercepatkan tempoh penyembuhan luka.

Melegakan Batuk dan Sakit Tekak

Kandungan di dalam Acacia Gum bertindak melindungi lender di dalam kerongkong anda dari terus berasa rengsa, selain dapat mengelakkan kehilangan suara.

Sumber Serat Yang Baik

Sesuai buat anda yang sedang berdiet dan dalam misi menurunkan badan, pengambilan Acacia Gum dalam diet seharian dapat merendahkan tahap kolestrol di dalam darah.

Memandangkan sifatnya yang larut air, maka Acacia Gum juga membantu mengekalkan berat badan yang sihat dan baik untuk kesihatan kardiovaskular.

Menjaga Usus

Makanan ini juga mempunyai kandungan prebiotik yang baik untuk sistem pencernaan manusia.

Satu kajian dilakukan terhadap manusia yang diberikan 10mg Acacia Gum dan 10mg inulin setiap hari selama empat minggu.

Hasilnya mendapati pertambahan bakteria Bifidobacteria, Lactobacili  dan Bacteroides dalam najis lebih tinggi dalam sampel mereka yang mengambil Acacia Gum berbanding mereka yang diberikan inulin.

Kesimpulannya, banyak manfaat kesihatan yang boleh kita perolehi dengan memakan Acacia Gum.

Baik untuk dijadikan snek harian atau campuran ke dalam masakan, ia terpulang kepada selera anda.

Namun bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan kronik, lebih elok jika anda mendapatkan nasihat dan pandangan kesihatan daripada mereka yang pakar terlebih dahulu.

Klik pada link dibawah untuk dapatkan Kismis pilih anda:

https://shop.madinah.com.my/search?q=arabic+gum