Sambut Ramadan Tahun Ini Lebih Baik Berbanding Tahun-Tahun Lalu

Sambut Ramadan Tahun Ini Lebih Baik Berbanding Tahun-Tahun Lalu

Memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi, pastinya ramai di antara kita yang memikirkan persediaan untuk dilakukan supaya bulan mulia ini dapat dilalui dengan lebih istimewa dan diberkati.

Paling penting, ambillah peluang untuk melakukan amal kebaikan dan lipat gandakan ibadat di bulan ini kerana pahalanya yang beribu kali ganda lebih banyak berbanding bulan-bulan biasa.

Kami kongsikan persediaan Ramadan yang anda boleh lakukan:

  • Taubat

r2.jpg













Tidak hanya menunggu melakukan kesalahan dan dosa yang besar sahaja baru boleh bertaubat. Sebaliknya taubat boleh diamalkan secara konsisten supaya kita sentiasa ingat kesalahan kita malah akan menguatkan lagi ibadah kita.

Jadikan taubat itu sebagai satu halangan untuk kita melakukan terus melakukan dosa dan kesalahan yang sama.

  • Kualiti ibadat

r3.jpg

Meskipun kita solat, mengaji dan melakukan amal ibadat lain pada setiap hari, namun pernahkan kita terfikir apakah kesemua yang dilakukan itu benar-benar berkualiti?

Contohnya, apakah kita benar-benar kusyuk dalam solat, tidak berlengah atau mula membaca surah baru?

  • Ibadat tambahan

r4.jpg

Ambillah sedikit kesempatan sepanjang bulan Ramadan dengan melakukan beberapa ibadat sunat dan tambahan untuk menambahkan lagi pahala.

Ini juga dapat mengelakkan kita dari melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antara yang anda boleh lakukan ialah membaca Al-Quran, berzikir, solat sunat dan bersedekah.

  • Kawal perbuatan

Tak ramai yang sedar bahawa rutin biasa yang dianggap kecil dan samping memberi kesan buruk kepada diri kita.

Contohnya seperti bergosip, bermalas-malasan dan berburuk-sangka sesame manusia. Apa kata Ramadan kali ini kita cuba perbaiki diri dari melakukan perkara sedemikian rupa.

  • Berpuasa lebih awal

r5.jpg

Ramai juga di antara kita yang mula melakukan puasa sunat atau puasa ganti ketika hampir menjelang Ramadan.

Tak salah pun. Malah ia juga dianggap sebagai amalan baik untuk membiasakan tubuh badan kita dengan berpuasa. Maka, tidaklah badan akan merasa terkejut atau terlampau penat apabila tibanya bulan puasa nanti.

  • Elak pembaziran

r6.jpg

Memandangkan akan ada banyak bazar Ramadan yang akan dibuka, malah jualan makanan dari group Whatsapp, Facebook atau perkongsian di laman media sosial yang lain, adalah lebih elok untuk anda mengawal diri sendiri dan bertanyakan diri sendiri adakah ia keperluan atau nafsu.

  • Jaga kesihatan

Bagi anda yang mempunyai masalah kesihatan seperti darah tinggi, sakit jantung, kencing manis, gastrik dan sebagainya, jangan lupa dapatkan rujukan doktor terlebih dahulu supaya tidak mengganggu ibadah puasa kelak

  • Perbaiki diri, tetapkan matlamat

r7.jpg

Gunakanlah bulan Ramadan ini dengan sebaiknya untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti diri kita sebagai umat Islam.

Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah SWT dan mencari jalan untuk memenuhi matlamat sebagai seorang Islam yang baik.