Selalu Beli Susu Kurma? Jom Buat Sendiri Di Rumah!

Baik kanak-kanak, ibu mengandung dan menyusukan anak, golongan yang menghidap penyakit – kurma sesuai untuk dimakan dan dijadikan snek kerana ia kaya dengan manfaat kesihatan.

Jualan kurma biasanya meriah ketika menjelangnya Ramadan dan Syawal, dan peniaga makanan sunnah ini boleh memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.

Namun, kurma tidak semestinya sesuai dimakan ketika bulan puasa sahaja, anda juga boleh menjadikannya sebagai makanan tambahan harian sekeluarga.

Buat anda yang masih tidak tahu apakah khasiat kurma, kami senaraikannya seperti di bawah:

Membekalkan tenaga segera

Kurma mengandungi kandungan gula semeulajadi seperti fructose, glucose dan sucrose yang tinggi ketika anda dalam keadaan penat selepas bersenam.

Jadikan kurma sebagai power bar untuk meningkatkan tenaga yang telah hilang.

Anda sering sembelit?

Pengambilan kurma dalam diet harian dapat mengurangkan masalah sembelit, yang jika tidak ditangani dengan sebaiknya akan merisikokan anda untuk mendapat penyakit yang lebih kronik, iaitu buasir!

Kurma kaya dengan serat, jadi ia amat baik untuk proses pencernaan badan anda.

Kesihatan jantung

Sayangilah jantung anda kerana itulah enjin kehidupan manusia.

Kurma kaya dengan kandungan potasium yang tinggi dan ini dapat membantu menurunkan kadar kolestrol, sekaligus dapat merendahkan risiko anda untuk mendapat serangan jantung dan strok.

Membantu wanita untuk hamil

Tak ramai yang tahu bahawa kurma boleh menjadi agen pemanas badan untuk meransang kesihatan ibu hamil dan bayi yang dikandung. Begitu juga kurma membantu memudahkan proses untuk melahirkan dan membekalkan tenaga tambahan.

Pengambilan kurma di awal kehamilan juga dapat mengurangkan rasa loya dan menstabilkan kadar gula dalam darah.

Mengatasi masalah lemah tenaga batin

Satu kajian menunjukkan bahawa kurma dan minyak yang terkandung di dalam buah ini dapat meningkatkan tenaga seksual. Kandungan estradiol dan flavonoid dapat meningkatkan jumlah sperma dan ovum.

Resepi Susu Kurma Homemade Yang Pasti Sedap!

Kalau masuk ke pasaraya di bahagian minuman, pasti ada pelbagai jenama produk susu kurma yang dijual, kan?

Sesetengah orang tak gemar makan buah kurma, jadi mereka mendapatkan manfaat makanan sunnah ini dengan cara meminum susu kurma, biskut kurma atau mencampurkan cebisan kurma ke dalam bijirin sarapan pagi.

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh buat sendiri susu kurma di rumah?

Sudahlah lebih murah, lagi best anda boleh menghasilkannya dalam kuantiti yang banyak. Ia juga lebih selamat kerana tidak dicampurkan dengan bahan pengawet.

Jom kita lihat resepi susu kurma.

Bahan-bahan:

  • 10 biji buah kurma (anda boleh guna kurma jenis Ajwa, Barhi, Medjool, Noor atau lain-lain).
  • 1 cawan air suam
  • 2 cawan susu lemak penuh (full cream). Boleh juga digantikan dengan susu lemak rendah (low fat) mengikut cita rasa anda.


Cara penyediaan:

  • Belah kurma dan buang bijinya.
  • Rendam isi kurma di dalam bekas yang diisi air suam dan rendam semalaman.
  • Boleh gantikan air suam kepada air panas jika mahu menyediakan susu kurma dengan segera. Cukup rendam buah kurma dalam 20 minit.
  • Masukkan kurma beserta air rendaman ke dalam pengisar.
  • Tuangkan susu lemak penuh atau susu pilihan anda.
  • Kisar kesemua bahan sehingga hancur.
  • Tuangkan ke dalam gelas, boleh letakkan sedikit ais jika suka.
  • Atau simpankan di dalam peti sejuk terlebih dahulu.
  • Anda juga boleh tambahkan beberapa bahan bersama susu tadi seperti madu, oat, kacang badam, pisang, serbuk milo atau aiskrim vanila.

Bagi ibu-ibu yang menyusukan anak, anda boleh buat simpanan susu kurma homemade ini kerana ia sesuai diminum untuk menambahkan jumlah susu.

Tak lupa untuk anda yang sedang berdiet, susu kurma ini juga sesuai diminum kerana mengenyangkan.

Selamat mencuba!

Klik pada link dibawah untuk dapatkan buah Kurma pilih anda:

https://shop.madinah.com.my/collections/dates-kurma